Rabu, 30 Disember 2015

Malam Nostalgia Alumni SMKRMM 2015 Menggamit Kenangan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada  25hb.Disember,2015, Jumaat jam 8:30malam telah berlangsung Majlis
Malam Nostalgia Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa,
Bestari Jaya di Ballroom 1Plaza,Kuala Selangor.Majlis ini telah dianjurkan
oleh ahli-ahli Alumni yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Affendy B. Hj. Dahlan.

Objektif majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan semula tali silaturrahim
dikalangan ahli Alumni yang tidak berjumpa lebih  dari 30 tahun kerana
kesibukan kerjaya masing-masing.Bekas Guru Besar dan guru-guru juga telah
dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini.Acara Cabutan Bertuah  juga telah
diadakan untuk menghargai kehadiran Ahli-ahli  Alumni yang sanggup datang
dari jauh dan dekat demi mengeratkan semula  tali silaturrahim yang telah lama
terjalin.





Pihak Alumni juga telah berjaya mengumpulkan Dana sebanyak RM 2,4 juta untuk
membiayai pembinaan  sebuah Dewan Serbaguna disekolah tersebut. Dana ini telah
disumbangkan oleh Ahli Alumni yang telah berjaya dalam perniagaan mereka.
Secara keseluruhannya, majlis ini telah berlangsung dengan jayanya dan
harus dicontohi oleh sekolah-sekolah yang lain.
Untuk menyaksikan Koleksi Foto bagi majlis tersebut sila layari :
https://docs.google.com/presentation/d/1IWEyXWD2YE6fyzSHvbQ_2V5KctZx44m5nq8NiYgh__A/edit?usp=sharing






Catat Ulasan